
Akram, 23 years old, single, muslim, living in KL, working in computer and network security area. Love linux, computers, cars modification, comics, PS2 and his girlfriend very much. Sometimes act like weirdo and morron. Over excited and talk too much. Pretty cute and handsome but a bit fatty especially at the stomach.visit my album http://www.photodope.com/akram/email me akram2k[at]gmail.com__________________________ " Finally, i found a place that i can talk/write/discuss what ever i want, what ever i feel, what ever happen into my life. Sometimes i think i just talk rubbish (please don`t listen to this). It was a place where i can release my stress ... Thank God! " - Akram
 _______________________________ Pray_______________________________ Shout
|
 |
Saturday, August 20, 2005
Women = problem? hurmm, not really!
Ade mende yang menarik aku jumpa kat internet, sape la buat kira-kira ni, ade betulnye gak, tapi tak semua jawapan dalam kira2 tu camtu, :) just nak kongsi je. Tilawah Al-Quran tiru konsep AF, nonsense!Ade satu citer dalam paper, Tilawah Al-Quran nak buat konsep macam AF? Ada pengkritik dan undi SMS? isk isk. Maybe kritik tu ok lagi, dari segi teguran pasal kesilapan membaca Al-Quran, tapi bab SMS tu, tak setuju langsung, sape kita (orang biasa yang bukan Qari) nak menilai bacaan Al-Quran seseorang, ni bukan benda boleh buat main, mengarut betul la, kalau alasan nak tarik ramai remaja mendengar/menonton rancangan Tilawah Al-Quran, lagi la mengarut, budak2 tu tgk AF sebab menda tu hiburan, sebab tu la diorg suka tgk, bukan sebab ada undian SMS/pengkritik diorg tgk AF, aduh, pk la semua. Bukan aku nak kata bebudak skang ni dah x nak dengar ayat suci Al-Quran, tapi tu la kenyataan, cuba pi buat survey, brapa ramai remaja yang mempunyai minat terhadap ni, segelintir je. Adeh! Aku bukanla baik/alim sangat pun, tapi, dari pentingkan cara melagukan ayat suci tu, lebih baik pentingkan maksud dan makna serta amalkan segala amalan dalam Al-Quran tu, insyaAllah. Aku setuju dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, aku bukannya org politik nak sokong PAS/UMNO bla bla, tapi aku sokong sebab mende tu betul. Ade dalam utusan gak artikel tu. Tilawah al-Quran tidak perlu tiru konsep AF - Nik Aziz
KOTA BHARU 19 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tilawah al-Quran tidak perlu meniru konsep program realiti Akademi Fantasia (AF).
Sebaliknya, kata beliau, apa yang perlu diutamakan ialah mengamalkan ajaran terkandung dalam kitab suci tersebut.
``Saya tak berfikir macam itu. Lagu-lagu ini bagi saya perkara kedua, yang pertama amalkan ajaran al-Quran, bukan sekadar lagu..,'' katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Tok Pati, di sini.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas diminta mengulas cadangan seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Pisol Yusob supaya tilawah itu meniru konsep AF kerana ia lebih segar dan berupaya menarik minat golongan muda mengikutinya.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang mengakui tidak pernah menonton rancangan AF bagaimanapun berkata, sekiranya cadangan tersebut diambil kira, masalah seperti tenaga pengajar dan pelbagai masalah lain akan timbul.
``Pemilihan pendengar (rancangan AF) ikut ceritanya bolehlah, fasal semua orang boleh dan suka menyanyi, tetapi qari (tilawah al-Quran) ini siapa dia kita harap jadi hakim. Dalam seluruh Malaysia ini, berapa orang sangat reti (pandai) tajwid dan sebagainya...,'' ujar beliau.Rujukan : http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
|