Akram, 23 years old, single, muslim, living in KL, working in computer and network security area. Love linux, computers, cars modification, comics, PS2 and his girlfriend very much. Sometimes act like weirdo and morron. Over excited and talk too much. Pretty cute and handsome but a bit fatty especially at the stomach.

visit my album
http://www.photodope.com/akram/


email me
akram2k[at]gmail.com

__________________________

" Finally, i found a place that i can talk/write/discuss what ever i want, what ever i feel, what ever happen into my life. Sometimes i think i just talk rubbish (please don`t listen to this). It was a place where i can release my stress ... Thank God! " - Akram



_______________________________

Pray


_______________________________

Shout

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

_______________________________

Links

- papit
- kaki sembang
- 1khz
- sqew
- bro LMT
- denan
- pejai
- latest mobile phone
- bro liquid7
- isniah
- bro adli
- fakhri
- semey
- apairudin
- bun&hazim
- oldish!
- jasmine
- dimenxion
- tapa

_______________________________

Wish

- Get a big promotions and bonuses.
- Have a secure job, don`t be a job hopping anymore
- Buy my own house.
- Clear up my balance on "My Clear Visa"
- Settle all my loan
- Finish up my degree at OUM and get certified.
- Get married and have a kids.
- Have a happy family

_______________________________

About

AAppreciative
KKind
RRefined
AAwesome
MMysterious

Nama Anda:

_______________________________

Quote

"Penawar yang paling mujarab ialah rajin" - Imam Al-Ghazali


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Blogdrive

Slackware.com

Ittutor.net

Bincang.net - BDN

I`m proud to be Malaysian!

you are lucky number :



Google



Saturday, September 03, 2005
It`s time to move

Finally, i`ve change my bloghost, so after this, i will not write anymore on this blog, just leave it as my past. for you who really miss and tak tido malam nak baca my blog, you can read my blog with just click this link. Thank you so much for support my blog.

Posted at 9/3/2005 12:33:30 pm by akram
Terdapat (1) Pendapat  

Wednesday, August 31, 2005
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dah 48 tahun dah malaysia ni merdeka sejak 31 ogos 1957, bangga aku jadi rakyat Malaysia. Aman dan damai sentiasa, semoga negara ni akan terus aman dan sejahtera, mari kita kekalkan kedamaian tu selama-lamanya dan berdoa semoga ia kekal sentiasa, insyaAllah.




I`m really proud for being MALAYSIAN!!!

tanggal 31
bulan lapan lima puluh tujuh
merdeka ! merdeka !
tetaplah merdeka
ia pasti menjadi sejarah

tanggal 31
bulan lapan lima puluh tujuh
hari yang mulia
hari bahagia
sambut dengan jiwa yang merdeka

mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka
merdeka !
tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
hari mulia negaraku merdeka

merdeka !
merdeka !
merdeka !

Posted at 8/31/2005 12:00:00 am by akram
Sila Berikan Pendapat  

Tuesday, August 30, 2005
Menulis

Kadang2 kita perlu menulis untuk meluahkan rasa hati yang terpendam selama ni, nak luahkan kat org, berapa org je yg boleh terima isi hati kita? Kalau aku ada rasa tak puas hati, memang akan aku tulis dalam ni, kasi lepas segala apa yang aku rasa, aku pun ada gak discuss ngan awek aku, aku rasa, dia je yang paham isi hati aku, ape aku luahkan kat dia, dia yang kasi semangat kat aku, bagi pendapat dia yang bernas, besh gile, tu pasal aku sayang sangat kat awek aku (chewaahhh, jiwang la plak time2 nak merdeka ni). Aku akan tulis ape je yang terpk dalam kepala otak aku ni, ape je la, tak kisah la, ade org baca ke tak, ade orang tak puas hati ke tak ngan ape yang aku tulis, peduli ape aku, wahaha! suka nye aku! dem! dem! dem! hahahahahah! besh tul! dah la, takde mood plak nak tulis lagi. Aku menulis, bukan kerna nama. Bak kata ade dalam blog member lama aku masa zaman skolah dulu :

"luahan adalah perlu. luahan menyeimbang emosi dan akal"

Posted at 8/30/2005 10:21:28 pm by akram
Terdapat (1) Pendapat  

Uitm National Hacking 2005

Well, ahad lepas (28/8), aku pi uitm ngan awek aku, ade open source expo and national hacking, macam biasa, aku menyibukkan diri kat sana, lepak2, try try ctf :P, ade la gak berjaya skit2. Bukan terel mana pun, tu pun ade bantuan skit, dari hazim skit, dari penganjur skit, hahaha. Banyak gak la ilmu baru aku dapat, hehe, besh besh, kumpul2. Buat koleksi. hehe :P. Awek aku cam biasa, dah pi cari kawan2 dia pastu bawak keta aku pi bangunan baru kat S.A tu. Takpe lah, biar la dia lepak dulu, aku pun duk syok kat ctf tu :P, ade la nampak bro Adli mai, afat, wida (jadi wakil dari uia la plak) dan lelain, tak baper nak perasan.

Budak team UTP menang, dasyat gak budak2 ni, bleh tahan la, boleh keje baca log ids ni, forensic ngan ctf dia menang. Ni list team2 yang menang (rank).

Forensic Category

Participation: 14 groups

Team Rank

1. TRONOH MINES Universiti Teknologi Petronas, Perak (UTP)
2. TEAM BELASAHAN UiTM Shah Alam
3. TEAM MACHAI UiTM Shah Alam
4. ARAU – UG UiTM Arau
5. AA – BOYZ Universiti Teknologi Petronas, Perak (UTP)
6. FENDI – ORG Individual
7. ARAU UiTM Arau
8. NUBIES UiTM Shah Alam
9. KUKUM Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM)
10. SUMMER Universiti Utara Malaysia (UUM)

Capture The Flag

Participation: 28 groups

Team Rank

1. Tronoh Mines Universiti Teknologi Petronas, Perak (UTP)
2. TEAM MACHAI UiTM Shah Alam
3. NUBIES UiTM Shah Alam
4. SHY UiTM Shah Alam
5. AA-BOYZ Universiti Teknologi Petronas, Perak (UTP)
6. INSECURE UiTM SARAWAK UiTM Sarawak
7. U OF PERLIS UiTM Arau
8. PIPELINE Universiti Putra Malaysia (UPM)
9. UIA I Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
10. REDMAN UiTM Arau


Family Day

well, time ni pun berlangsungnye familyday kampeni aku, hurmm, disebabkan aku keje malam jumaat tu dan balik sabtu pagi, so aku dah malas nak pi (dah kensel awal2 pun dah), ngan ongkos lagi. So, baik aku melepakkan diri pi uitm ke, jenjalan ke, hehe. Dengar citer, bos aku nak kasi bebudak dept. aku main paint ball sebab kitorang tak dpt pi familyday tu, yey! Oh ye, sabtu aritu, Anak buah aku punya beshday, Shakirah, 1 tahun, hehe, aku pi toys'R'us kat midvalley ngan awek aku pi beli hadiah untuk dia, tatau ape nak beli, awek aku kata, beli je keta tolak2 + keta bleh tegak utk budak baru nak berjalan, price tu dalam rm90+, pastu kene beli plak hadiah untuk kakak dia, adeh. Abis dekat nak rm100++ gak la, tapi aku share ngan awek aku la hadiah tu, petang tu along buat makan2 kat umah.


id memain (takat ni je la termampu dulu, lain x lepas lagi, tu pun ade bantuan + main tipu + sembang berapi):


Besh gak artikel ni, hehe. Kenapa programmer yang bagus mestilah malas dan bodoh. hehe, meh baca meh!

Why Good Programmers Are Lazy and Dumb

Posted at 8/30/2005 3:54:49 am by akram
Sila Berikan Pendapat  

Friday, August 26, 2005
All last days

Last 2 days

i meet Squad Era Avanza, actually, jumpa diorg kat area rumah aku, memula tu time aku nak pi makan, diorg sumer pun tengah makan kat gerai yang sama, diorg abis makan, aku pun habis makan, skali aku bukak radio, diorg tgh buat lintasan kat taman permainan area rumah aku je, cargas la pi sana, nak hadiah free punya pasal, huu! Ade la dapat air kotak dutchlady susu pisang (wekk!), kitkat, minyak yuyi cap limau, stikers, dan ade dua mende besh aku dapat, actually nak dapat kene jawab soalan yg diorg bagi dulu, aku dapat 2 tiket wayang tayangan perdana GGPP (gila2 pengantin popular), huu! citer melayu? arghh layan je, tiket free, tengok kat GSC midvalley dan 1 cd AKON, trouble, huu! besh! ori tu, free je aku dapat, hehe. Malam tu aku ajak awek aku pi tgk movie tu, sebab tayangan tu perdana, dan hanya malam tu je bleh tengok. Pi wayang, terjumpa ngan skoolmate lama aku, acai, ikzal & yusrul, huhu, masih macam dulu gak diorg ni. Cd AKON aku tak bukak pun lagi nak layan sebab dalam kancil x de cd player, cd player still ade kat iswara, so aku malas nak transfer. Simpan je dulu peram buat hiasan.




Last days

Abah call aku, cakap pasal mak dah bleh amik V6 baru dia, huu! actually, spanco (kementerian pendidikan) kasi keta 2nd hand dulu sementara nak dapat V6 model baru. V6 ni mak dapat sebab mak aku Jusa C, bleh pakai keta tu as a personal use. V6 tu sama macam V6 mak aku yang dah ada kat umah tu gak, huh! ada 2 bijik V6 kat umah. So, aku pi amik abah ngan mak pagi tu kat komuter, dem, terlambat la plak, kene marah gak la memula ngan abah, haha. Dah sampai gombak (spanco) baru la abah tak marah, hehe. Slamat aku :P.

Today

Hantar awek aku pi amik exam SPA kat ipoh, dem! penat gila drive, ngan ujan nye ape sumer aku redah dengan kancil kesayangan, hehe. Alhamdulillah, slamat pi dan balik :). Clickers yg dekat Bandar Baru Medan Ipoh tu bebetul sebelah opis lama aku, tapi opis lama tu dah pindah, hehe, aku layan hotspot jap tadi sementara awek aku pi exam, lepas tu petang lepak ngan Wak`ee, besh la dia, dah jadi bos skang, kat state library of perak, hehe, ade bilik sendiri sumer, huu, keta pun dah pakai keta baru, wira SE tuuuu, huhu. Besh! lama tak lepak ngan dia, borak2 citer lama2, hehe. Ok la beb, selamat berjaya, semoga lu kawin cepat2, hehe. Gua x sabar nak makan nasik minyak lu. :P

SEMARAKKAN API KEMERDEKAAN??!

Tadi aku sempat layan TV3, buletin utama kejap, ade satu berita tu menarik minat aku, ade model melayu, bergambar hanya dengan balut bendera malaysia je dalam majalah, dem! ingat ni kat mana? US? dem! tak hormat bendera negara langsung, yang kelaka tu, tajuk artikel gamba awek tu " SEMARAKKAN API KEMERDEKAAN ", hahahaha, lawak2. Adeh, memang menyemarak la api ekeke, esok konpem majalah tu laris di pasaran, hahahaha.

ni ha, aku kasi korang tgk gamba model tu, macam haremm! bleh usha kat forum cari! klik sini

Posted at 8/26/2005 3:06:34 am by akram
Sila Berikan Pendapat  

Thursday, August 25, 2005
Look who`s talking ... GoogleTalk



Have you try this one? hmm, masih dalam beta, tapi takat ni ok la, cuma aku rasa ade still sux skit la, hehe :P, ym still the besh la :P. Hurmm, cuma kalau dah released bebetul nanti, maybe lagi menarik la kot, konpem la google nak buat the besh, lebih dari ym :), cool! so, download skang, try la, enjoy!

nak download, click kat sini!

Akunye friend list dalam google talk still tak ramai, meh la add aku dalam google talk korang

my id : akram2k

Posted at 8/25/2005 11:03:22 am by akram
Terdapat (2) Pendapat  

Monday, August 22, 2005
This weekend activities

I`ve done my wiki, but not 100% done with the tutorial for vpn. macam malas skit la nak buat, kalau buat skang, nanti tulat mai keje balik dah x de mende nak buat, so aku buat slow2 la supaya aku ade menda nak buat bila mai opis ni. Tadi aku baru tau camne nak extract rpmnye binary untuk dapatkan library yg ade dalam tu guna rpm2cpio. huhu, betapa x penah gunanya aku rpm2cpio tu :P, sian aku kan.

ade satu link menarik aku jumpa sambil2 surf kat net tadi. Bleh la nak blaja2 ape2 yg patut dalam video2 tu.

Hacking Video

27 ngan 28hb ni, banyak tul aktiviti, aku rasa nak join je semua, tapi aku bukannye naruto, bleh buat hikmat yg jadi banyak2 tu. so, aku kene manage ape yg aku nak buat this weekend, aku cuti sabtu ahad tu. Antara aktivitinye :

1. Family day opis (melaka)
2. Merdeka Endurance (sepang)
3. National Hacking Expo (uitm)
4. Balik semban (semban)
5. Usha Aquarium kat klcc (klcc)
6. Tido kat umah (umah)
7. ntah la, tatau la ape nak buat lagi.

Aku rasa aku x dpt nak pi family day tu, sebab aku keje jumaat malam, balik dah sabtu pagi, ngan ngantuk + penat + duit kurang + malas nak drive + malas nak pack barang + bla bla bla. Aku nak cutiiii!!!!!!!!! tolong la, aku nak cuti aku tu! aku nak gak merasa cuti time org lain cuti! Aku x nak keje time tu, aku bukan x nak ganti sesape, tapi aku nak cuti time tu, harap korang paham la situasi aku. Aku tau korang sumer nak cuti sebab time tu korang keje, tapi time tu, aku dah sememangnye cuti, nape plak aku nak keje? Minta maaf ye kekawan!

Tadi aku duk godek2 cd backup lama-lama aku, terjumpa balik gamba2 digital camera aku dulu2, zaman2 time aku blaja kat ypm kuantan dulu, besh2 la, rasa nak balik ke zaman dulu2, tapi aku nak time last2 la, final sem, besh, aku final sem semata2 nak amik FYP je, sebab subject lain sumer dah settle, saje je nak duk lelama kat kolej tu, hehe, nasib baik dapat A :P, aku nak share gamba2 tu ngan korang sumer, bleh melawat album aku tu kat :

Album Gambar : Memory remains

Posted at 8/22/2005 6:48:45 pm by akram
Sila Berikan Pendapat  

Merdeka countdown!





Lagi 9 hari nak menyambut hari kebangsaan yang ke 48 pada 31 ogos 2005, semoga negara kita ni aman damai, sejahtera dan maju. Kenanglah jasa pemimpin kita yang membawa negara kita ke mata dunia. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN!


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


p/s : gamba merdeka tu aku kidnap + crop skit dari members kat itutor, kepada empunya, aku cilok ek, x pe kan :D, credit goes to mr. an_urb


Posted at 8/22/2005 6:27:10 pm by akram
Sila Berikan Pendapat  

Saturday, August 20, 2005
Ada apa dengan MAWI? part 2

ada aku baca utusan online, bab bahagian hiburan, citer pasal mawi lagi, hehe, tak habis lagi, tapi aku bangga dengan dia, aku tak la nak agungkan sangat si mawi ni, tapi aku respek la dia, salut abis, dia bukan penyanyi nasyid yang memang sememangnye membawa dakwah, tetapi dia hanyala pemenang rancangan realiti Astro. Ni antara artikel yang menarik minat aku dalam utusan tu.

Lagu raya dan pesanan Mawi

Minggu ini Kak Tim mahu sentuh cerita Mawi lagi.Maaflah kepada mereka yang kurang senang bila cerita Mawi terlalu banyak dihebohkan sejak akhir-akhir ini. Satu saja Kak Tim mahu katakan, dunia hiburan ketika ini tengah dilanda Mawi Mania. Dan kerana kegilaan itu, Kak Tim tidak upaya untuk mengatakan `tidak' kepada rakan-rakan Maestro ketika diajak Kak Tim ke Scream Studio di Kelana Jaya, menyaksikan Mawi merakamkan lagu raya untuk album Salam Raya AF3 yang akan diedarkan pada bulan puasa ini.

Sempatlah Kak Tim mendengar Mawi mengalunkan lagu, Ku Pohon Restu Ayah Bonda. Lagu itu mula dirakamkan oleh kumpulan Al-Jawahir pada tahun `80-an dan kemudian dipopularkan semula oleh Mamat (bekas penyanyi Exist) tahun `94.

Kini selepas 10 tahun, lagu itu dinyanyikan semula oleh juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi.

Ada kelainan lagu itu dibawakan Mawi. Kalau Seroja yang dilagukan Mawi pada pertandingan akhir AF3 itu, mampu menjadikan ramai orang berdiri bola roma, Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Kak Tim kira akan menjadikan ramai orang menangis.

Lagu itu dialunkan Mawi dengan penuh penghayatan. Ada `jiwa' pada persembahannya. Paling tersentuh hati, pada pengakhir lagu itu, Mawi mengalunkan takbir raya. Memang syahdu habis.

Mulanya Eksekutif A&R Maestro Records, Othman Mahmood hanya minta Mawi berqasidah pada penghujung lagu. Tapi Mawi memberikan pendapatnya, ``Macam mana kalau aku buat takbir raya. Rasanya lebih feel.''

Begitulah Mawi. Caranya begitu tersendiri. Waktu Astro dengan kerjasama Maestro menganjurkan Malam Penghargaan Untuk Media, Mawi tampil dengan gayanya yang di luar jangkaan.

Sebelum mengakhiri persembahan dengan lagu Menuju Puncak bersama rakan-rakan AF yang lain malam itu, Mawi meminta penonton berdiri.

Ramai yang sangka Mawi mengajak penonton menyanyi bersamanya, seperti kelaziman dilakukan oleh kebanyakan penyanyi. Tapi jangkaan itu meleset. Mawi rupanya mengajak kesemua penonton melagukan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.


Dan saat Kak Tim berlegar-legar di Scream Studio, Kak Tim terpandang pada satu sudut dinding tandatangan Mawi.

`World2 jugak akhirat jgn. lupa Beb.' Begitu pesanan yang ditulis Mawi pada dinding itu.

Lalu tanya Kak Tim, ``Apa maksud Mawi?''

Selamba jawabnya, ``Menyanyi, mendengar muzik tu boleh. Tapi jangan sampai terlalai.''


Hah! Ingat tu wahai penyokong-penyokong Mawi. Kalau mendengar album Mawi World yang akan berada di pasaran Isnin ini (22 Ogos), jangan pula sampai terhayal. Album yang memuatkan kesemua lagu-lagu persembahan Mawi sepanjang Konsert AF3 itu, memang sedap didengar. Tapi ingat pesan Mawi!

Selepas Mawi World, akan muncul pula album solonya yang memuatkan kesemua lagu-lagu baru berkonsepkan world music. Di ikuti dengan album solo Felix dan juga tiga top five yang lain.

Konsep untuk album solo Felix, khabarnya masih dalam perbincangan tapi untuk Yazer, maintain dengan rock steady.

KAK TIM: Rindu untuk mendengar `susah susah aje' daripada Felix.


Rujukan : http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Posted at 8/20/2005 4:25:03 am by akram
Sila Berikan Pendapat  

Women = problem? hurmm, not really!

Ade mende yang menarik aku jumpa kat internet, sape la buat kira-kira ni, ade betulnye gak, tapi tak semua jawapan dalam kira2 tu camtu, :) just nak kongsi je.



Tilawah Al-Quran tiru konsep AF, nonsense!

Ade satu citer dalam paper, Tilawah Al-Quran nak buat konsep macam AF? Ada pengkritik dan undi SMS? isk isk. Maybe kritik tu ok lagi, dari segi teguran pasal kesilapan membaca Al-Quran, tapi bab SMS tu, tak setuju langsung, sape kita (orang biasa yang bukan Qari) nak menilai bacaan Al-Quran seseorang, ni bukan benda boleh buat main, mengarut betul la, kalau alasan nak tarik ramai remaja mendengar/menonton rancangan Tilawah Al-Quran, lagi la mengarut, budak2 tu tgk AF sebab menda tu hiburan, sebab tu la diorg suka tgk, bukan sebab ada undian SMS/pengkritik diorg tgk AF, aduh, pk la semua. Bukan aku nak kata bebudak skang ni dah x nak dengar ayat suci Al-Quran, tapi tu la kenyataan, cuba pi buat survey, brapa ramai remaja yang mempunyai minat terhadap ni, segelintir je. Adeh! Aku bukanla baik/alim sangat pun, tapi, dari pentingkan cara melagukan ayat suci tu, lebih baik pentingkan maksud dan makna serta amalkan segala amalan dalam Al-Quran tu, insyaAllah.

Aku setuju dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, aku bukannya org politik nak sokong PAS/UMNO bla bla, tapi aku sokong sebab mende tu betul. Ade dalam utusan gak artikel tu.

Tilawah al-Quran tidak perlu tiru konsep AF - Nik Aziz


KOTA BHARU 19 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tilawah al-Quran tidak perlu meniru konsep program realiti Akademi Fantasia (AF).

Sebaliknya, kata beliau, apa yang perlu diutamakan ialah mengamalkan ajaran terkandung dalam kitab suci tersebut.

``Saya tak berfikir macam itu. Lagu-lagu ini bagi saya perkara kedua, yang pertama amalkan ajaran al-Quran, bukan sekadar lagu..,'' katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Pejabat Pas Kelantan di Jalan Tok Pati, di sini.

Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas diminta mengulas cadangan seorang qari tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, Pisol Yusob supaya tilawah itu meniru konsep AF kerana ia lebih segar dan berupaya menarik minat golongan muda mengikutinya.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz yang mengakui tidak pernah menonton rancangan AF bagaimanapun berkata, sekiranya cadangan tersebut diambil kira, masalah seperti tenaga pengajar dan pelbagai masalah lain akan timbul.

``Pemilihan pendengar (rancangan AF) ikut ceritanya bolehlah, fasal semua orang boleh dan suka menyanyi, tetapi qari (tilawah al-Quran) ini siapa dia kita harap jadi hakim. Dalam seluruh Malaysia ini, berapa orang sangat reti (pandai) tajwid dan sebagainya...,'' ujar beliau.


Rujukan : http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Posted at 8/20/2005 4:15:47 am by akram
Terdapat (8) Pendapat  

Next Page